Wednesday, March 17, 2010

Perihal Puteri Sulung-Syamimi Farhanah binti Zainal

Syamimi Farhanah binti Zainal..(Along).



Puteri sulungku dilahirkan pada tanggal 9 Oktober 1989,dah anak dara rupanya..Yalah dah hampir 21 tahun rupanya...rasanya baru semalam aku melahirkannya,dalam keadaan aku yang muda remaja..umur pun baru 21 tahun,dah jadi ibu...Yalah bunting pelamin orang tua-tua kata...Aku merupakan pekerja pertama di MTV ,Shah Alam yang bakal menjadi ibu..so apa sahaja yang ada di klinik tu,susu ke,vitamin ke...akulah yang yang merasmikannya...The fisrt baby born in MTV...itu kenangan dulu...Aku ingat lagi En Zulkifli pun terkejut,apatah lagi bos aku ..Tak ingatlah namanya...tapi aku memang isi borang dah kahwin,so diorang tak boleh kata apalah...Manager -manager Jepun pun terkejut sama...Tapi diorang memang sporting...Mabuk teruk jugalah,buah yang tak boleh dimakan ialah buah tembikai, abis berterabur isi perut,sampai kena ambil baju baru kat ofis...Kawan lama rasanya yang aku ingat,Salamah Zainal..yang lain, memang tak ingatlah...

Dilahirkan tepat jam 9.37 pagi di HBTAR,aku merasakan pengalaman pertama jadi ibu...Lepas maghrib,masa tu duduk di Seksyen 18,Shah Alam aku dapat rasakan baby nak keluar..abang kerja malam di Nylex, mujur kak Yam dan suami ada di rumah...Aku duduk di tingkat atas, (Tingkat Lima),kak Yam (sepupu abang), di tingkat bawah...Malam tu juga aku dibawa ke HBTAR,sebenarnya dah hampir seminggu duduk di kampung di Batu 9,Jalan Rajawali...tapi baby tak ada pun tanda nak keluar..lastly,rasa nak balik Shah Alam... Rupanya puteriku nak balik rumah dia baru nak keluar..pandai betul kan...

Ingatkan baby lelaki,nama yang telah disimpan sekian lama..Adam Syahiran bin Zainal...rupanya puteri..jadilah Syamimi Farhanah..Kelembutan yang riang ria...Abang bawa aku balik ke kampung Batu 9 dengan pakcik Safari,masa tu manalah ada kereta sendiri,yang ada motorsikal RXZ kut...aku duduk menumpang di rumah kakak sulungku ,Misnah memandangkan rumah nenek tempat aku dibesarkan agak uzur,berlubang di sana sini,takut pulak aku...Kebetulan pula, kakak keduaku Arbaiyah pun hampir melahirkan anak kedua Azroy...

Hampir seminggu kakak sulungku menjagaku dalam pantang,aku rasa nak balik ke Shah Alam semula, tetapi manalah ada kudratku tanpa pengalaman lagi menjaga seorang bayi seorang diri sementara suamiku bekerja...Lalu suami mencadangkan aku dibawa ke kampung di Parit Baru,Sabak Bernam...Aku pun meneruskan pantang bersama ibu mertuaku..Puan Esah binti Haji Arshad... Aku memang bertuah kerana ibu mertuaku menjaga aku dan puteriku dengan baik sekali..makan pun siap berhidang hingga ke atas..Terima kasih mak...Budi baik mak kukenang selamanya...

Habis pantang,aku pulang semula ke Shah Alam dan cuba meneruskan kerja sebagai operator di bahagian QC/QA tapi malangnya aku ditugaskan bekerja mengikut shif sedangkan selama ini aku hanya bekerja pada waktu siang sahaja...pasti aku tidak dapat menerima keadaan itu, malam bekerja,siang berjaga untuk menjaga bayiku...Aku benar-benar mengalami tekanan, sehingga memaksaku berhenti kerja...Selepas berhenti aku terpaksa berpindah ke kampung Sungai Udang,Klang...

Itulah antara kenangan lama sebelum aku menjadi guru seperti sekarang...Puteri sulungku pun sedang belajar di Manilpal College,Kartanaka ,India dalam bidang perubatan...Aku amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana melimpahkan hidayah dan kurnianya memberiku dan keluarga kebahagiaan dan kesejahteraan hingga kini,insya Allah hingga ke akhir usia...Dulu anakku bersekolah di SK Kampung Johan Setia dari Tahun 1 hingga Tahun 6,melompat tahun kerana lulus dengan cemerlang dalam PTS..mendapat 5A dalam UPSR pada tahun 2000. Meneruskan pelajaran di Yayasan Selangor Toh Puan Norshikin dan bersekolah di SMK Seri Aman,Petaling jaya tetapi hanya setakat 3 bulan sahaja...Homesick kut,asyik pengsan sahaja..Anakku,anakku...

Namun,alhamdulillah terus menyambung pelajaran di SMK Convent,Klang dan mendapat 8A dalam PMR seterusnya mendapat 10A1 dalam SPM lalu menyambung pelajaran di INTEC,Shah Alam sebelum menyambung pelajaran di India sehingga sekarang...Insya Allah,pada tahun 2012 akan menamatkan pelajaran di India sebelum menyambung kembali di Manipal Melaka selama 2tahun setengah lagi...Memang lama anakku perlu belajar sebelum boleh bergelar Dr Syamimi Farhanah...Mama sentiasa doakan along berjaya menggenggam cita-cita menjadi doktor yang cemerlang di dunia dan akhirat. Bukan senang nak senang kan... Banyak rintangan,halangan,kekangan masa dan sebagainya perlu ditempuhi,mudah-mudahan anakku dikurniakan Allah kesabaran,ketabahan untuk berjaya menggenggam cita-citanya..Selalu juga dia merungut, nak dapat Dr susah,belajar susah,kerjapun susah...Tapi percayalah, segala usaha yang baik insya Allah berjaya,aku selalu berpesan padanya...

Itulah perihal along,gelaran puteri sulungku...Agaknya sudah terbiasa dengan barangan mewah dari dalam perut lagi,orangnya pun aduhai...High taste dan high maintenance..barangan branded sahaja..sabar sahajalah anakku ini...Beg tangan Guess jadi pilihan,seluar mestilah levis...Tak pelah ya,dah kerja nanti,jangan lupa belikan mama beg Bonia pun jadilah,ada duit lebih apa lagi mama mengidam beg LV..Ini penangan novel "Selagi Ada Dia"..Best betul novel tu...Kalau tak ada, beg pasar malam Polo pun jadilah...Balik cuti sebulan ni, rasanya baru lagi dah nak balik ke India 21 hb Mac 2010 ni...Mudah-mudahan anakku sentiasa dipermudahkan belajar,mengulangkaji,menjalani peperiksaan blok dan yang penting menghabiskan semua study dengan cemerlang...Dan lagi satu mudah-mudahan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik ya...

No comments:

Post a Comment